Sunday, 28 April 2013


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU

Tarikh :  14 Mac  2013
Masa :  8.30 -9.30 (1 Jam)
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : 5 Erat
Bilangan Murid : 30 Orang
Tema  : Pertanian
Tajuk : Buah Seribu Khasiat
Pengalaman Sedia Ada : Murid pernah makan buah-buahan tempatan
Hasil Pembelajaran :       Fokus Utama
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan, intonasi yang betul dan memahami perkataan yang dibaca.
Aras 1 (i) Membaca perkataan frasa dan ayat   yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.
Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.


Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat :
i)                    Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii)                  Membina ayat tunggal dengan betul.
iii)                 Menjawab soalan mengenai kata sendi nama dengan betul.

Kemahiran Bahasa : Membaca dan menulis, mendengar dan bertutur.
Sistem Bahasa : i) Tatabahasa    
-         Kata Sendi Nama
                              ii) Sebutan dan Intonasi
-         Petikan teks

Ilmu : Kajian Tempatan dan Pendidikan Muzik
Nilai : Bekerjasama, tolong-menolong.
Kemahiran Bernilai Tambah : i) Kemahiran Berfikir
                                                           - Menghubungkait
                                                           - Menjana idea         
                                                           - Membuat kesimpulan

                                                           ii) Kecerdasan Pelbagai
                 - Interpersonal
                 - Kinestetik
                 - Verbal Linguistik

Bahan Bantu Mengajar : LCD, Laptop, petikan teks, lembaran kerja, audio dan speaker.


Langkah/
Masa

Isi Pelajaran
Aktiviti P & P
Catatan




Set Induksi
(5 minit)

i) Klip video lagu Sayang Kinabalu.

ii) Soalan :
-  Di  negeri manakah Gunung Kinabalu terletak?

-Pernahkah kamu mendaki gunung?


i) Murid melihat klip video lagu Sayang Kinabalu.

ii) Murid menjawab beberapa soalan.

iii) Guru menyatakan tajuk pelajaran pada hari ini.


i) KB:
-Menjana idea

ii) KP :
-Interpersonal

iii) BBM :
-Klip video lagu Sayang Kinabalu








Langkah 1
(15 Minit)

i) Petikan teks

ii) Isi penting :

-  buah  sumber makanan mudah didapati

- buah kiwi mempunyai vitamin C sebanyak dua kali ganda

- sebiji epal pula mempunyai antioksidan mengurangkan risiko sakit jantung

i) Murid mendengar dengan teliti rakaman audio.

ii)  Murid membaca secara senyap.

iii) Murid membaca petikan teks secara beramai-ramai.

iv) Murid membaca petikan teks secara berkumpulan.

v) Beberapa orang murid membaca petikan teks secara individu.

vi) Guru membetulkan kesilapan murid sewaktu membaca.

i) KB:

-menjana idea

ii) KP :

-Interpersonal
-Verbal linguistik


iii) BBM :

-Petikan teks









Langkah 2
(15 Minit)

i)  Permainan bahasa

ii) Mencari beberapa perkataan yang terdapat berdasarkan petikan teks dalam bentuk teka silang kata.

iii) Membina ayat tunggal berdasarkan perkataan tersebut


i)  Setiap murid  mendapat sehelai lembaran kerja.

ii) Secara individu, murid mencari perkataan yang terdapat dalam bentuk teka silang kata berdasarkan petikan teks.

iv) Murid membina ayat tunggal berdasarkan perkataan tersebut.

i) KB:
-Menjana idea

ii) KP :
-Interpersonal
-Kinestetik

iii) BBM :
-Lembaran kerja

iv) Nilai :
-Bekerjasama






Langkah 3
(10 minit)

i) Pembentangan hasil kerja individu :

- Mencari perkataan yang terdapat dalam petikan teks.

-Membina ayat tunggal berdasarkan perkataan tersebut.

i) Beberapa orang murid membentangkan hasil kerja masing-masing di hadapan kelas.

ii) Murid yang lain memberikan perhatian semasa sesi pembentangan.

iii) Setiap murid menyemak jawapan masing-masing.

iv) Guru merumus aktiviti yang dilaksanakan.


i) KB:
-Menghubungkait

ii) KP :
-Interpersonal
-Kinestetik

iii) BBM :
-Lembaran kerja

iv) Nilai :
-Bekerjasama






Langkah 4
(10 minit)

i) Tatabahasa : Kata Sendi Nama

ii) Kata sendi nama ialah  ialah perkataan yang letaknya dihadapan kata nama.

iii) Uji Minda :

Ahmad bersekolah di
SK Taman Perpaduan.

i) Murid mendengar penerangan mengenai kata sendi nama.

ii) Murid melihat beberapa contoh kata sendi nama.

iii) Beberapa orang murid menjawab soalan mengenai kata sendi nama.

iv)  Guru dan murid bersama-sama berbincang jawapan yang betul.

i) KB:
-Menghubungkait
-Menjawab soalan

ii) KP :
-Interpersonal
-Kinestetik

iii) BBM :
-Slaid soalan kata sendi nama








Penutup
(5 minit)

i) Klip video lagu
“Buah-buahan Tempatan”

ii) Isi pelajaran :

-Kata sendi nama
-Petikan teks



i) Guru merumus isi pelajaran secara sumbang saran bersama dengan murid.

ii) Murid diterapkan nilai murni.

iii) Murid dan guru menyanyikan lagu bersama-sama dengan diiringi muzik.

i) KB:
-Membuat kesimpulan

ii) KP :
-Interpersonal
-Muzik

iii) BBM :
- Klip video lagu “Buah-buahan Tempatan”

iv) Nilai :
-Bekerjasama




1 comment:

  1. Satu RPH yang menarik. Maklumat dalam blog ini amat membantu saya.Reima kasih.

    ReplyDelete